Utusan Malaysia, 16 April 2014 - Tropicana sasar jual 80% kediaman pangsapuri

Utusan Malaysia, 16 April 2014

PETALING JAYA 15 April - Syarikat pemaju perumahan, Tropicana Corporation Bhd. (Tropicana) menyasarkan untuk menjual antara 70 hingga 80 peratus daripada 248 unit kediaman pangsapuri perkhidmatan Menara B Paloma pada tahun ini.

Pangsapuri itu merupakan satu daripada lima projek kediaman yang akan dibangunkan Tropicana di per-bandaian Tropicana Metropark di sini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Da-tuk Yau Kok Seng berkata, Menara B Paloma setinggi 30 tingkat dengan saiz kediaman bermula daripada 56,6 meter persegi sehingga 121.61 meter persegi, Katanya, saiz kediaman 56-6 meter persegi adalah untuk golongan bujang profesional manakala saiz 116,96 sehingga 121,61 meter persegi adalah untuk mereka yang sudah berkeluarga dan mempunyai tiga buah biiik tidur, "

Paloma merupakan kediaman pangsapuri perkhidmatan yang me-mentingkan gaya hidup dan mempunyai nilai pembangunan kasar (GDV) keseluruhan RM465 juta. Menara A akan yang merupakan pembangunan kediaman untuk kategorl bangunan rendah akan dilancarkan tidak lama lagi" katanya.

Beliau berkata deniikian kepada pemberita selepas menghadiri ma-jlis pelancaran jualan pangsapuri PANGSAPURI Menara B Paloma dan pembinaan jejambat menghubungkan Tropicana Metropark dengan Lebuhraya Persekutuan dr sini hari ini.

Yang tumt hadir, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya, Datuk Asmawi Kasbi.

Menara B Paloma dilengkapi pelba-gai kemudahan termasuk gelanggang bola keranjang, kolam renang infiniti dan kolam berendam, jakuzi, tempat makan malam persendirian, bilik per-mainan serta dewan serba guna,

Mengenai pembinaan jejambat dari Tropicana Metropark ke Lebuhraya Persekutuan, Kok Seng berkata, kos pembinaan jejambat itu yang dijalankan oleh syarikat Pembinaan Jemerlang Sdn. Bhd-, sebanyak RM106 juta dan dijangka siap pada 2016.

"Pembinaan jejambat itu akan memberi manfaat kepada penduduk sekitar Batu Tiga di Shah Alam, USJ 13, Subang Jaya dan kawasan sekitar untuk akses ke Lebuhraya Persekutuan" ujamya..