Sinar Harian, 7 May 2014 - iProperty.com anjur ekspo hartanah bumiputera ke 2

Sinar Harian, 7 May 2014

LAMAN web hartanah, iProperty. com Malaysia akan menganjurkan Ekspo Hartanah Bumiputera kali kedua pada 10 hingga 13 Mei inl

Menurut iProperty.com, pameran yang akan diadakan di Paradigm Mall, Kelana Jaya itu ialah platform ideal bagi pembeli dan pe-labur hartanah Bumiputera untuk rnendapatkan rumah impian atau pelaburan hartanah mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan iProperty Georg Chmiel berkata, maklum balas diterima da-ripada ekspo pertama dianjurkan tahun lalu melebihi jangkaan.

"Sejak itu, kami menerima ba~ nyak permintaan untuk menganjurkan satu lagi (pameran hartanah untuk Bumiputera).

"Serupa seperti tahun lalu, ekspo ini akan mengetengahkan hartanah daripada pelbagai pemajuyang mahu menjual lot Bumiputera ke-pada pelanggan berpotensi," katanya melalui satu kenyataan, semalam.

Menurut Chmiel, hartanah yang akan dipamerkan di ekspo itu termasuk kediaman dan komersil.

Lebih 20 pemaju akan mem-pamerkan pembangunan mereka di ekspo itu termasuk Glomac Bhd, LBS Bina Group Bhd, Mah Sing Group Bhd, OSK Property Holdings Bhd, Tropicana Corporation Bhd dan UEM Sunrise Bhd.