Sinar Harian, 09 August 2014 - Cabar MB dedah baki hutang bank

Sinar Harian, 09 August 2014

Cabar MB dedah baki hutang bank SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Khalid Samad mencabar Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan perincian perjanjian penyelesaian baki hutang berjum-lah hampir RM60 juta dengan Bank Islam.

Khalid turut meminta Abdul Khalid menjelaskan keseluruhan latar belakang pembayaran berkenaan bagi membolehkan AJK Pas dan pimpinan PR menyokong ke-putusan Majlis Syura Ulama dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang me-mutuskan Abdul Khalid tidak perlu ditukar.

"Untuk sokong Abdul Khalid, Presiden dan Majlis Syura, lata minta menteri be-sar berikan jaw^pan yang mu-nasabah dengan bukti leng-kap terhadap tuduhan yang dikemukakan bahawa tidak wujud salah guna kuasa dalam pelunasan hutang berkenaan.

"Dengan penjelasan leng-kap akan melegakan semua pi-hak dan mungkin PKR tiada alasan lagi untuk mengganti-kan posisi beliau. Diharapkan beliau dapat jawab sebelum 17 Ogos inf katanya, semalam.

Ahli Parlimen Shah Alam itu juga meminta Abdul Khalid memberi bukti kukuh bagi me-lenyapkan persepsi wujud salah guna kuasa dalam penyelesaian hutang Bank Islam dan penjelasan penjualan dan pem-belian 124 hektar tanah milik Tropicana Corporation Berhad kepada Eco Worid Berhad

"Kahau dia jawab dengan jelas, semua AJK Pas Pusat pun akan sokong dia. Malah kita boleh buat pendirian yang bermaknai' katanya.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saiiuddin Nasution Ismail menegaskan beliau tidak berniat mendedah-kan aib Abdul Khalid, sebalik-nya hanya mahukan penjelasan berhubung perkara yang dipercayai berkaitan dengan menteri besar itu..