Kosmo, 29 May 2014 - Program SEMASA

Kosmo, 29 May 2014

PERTANDINGAN kucing cantik Shah Alam 2014 anjuran Kelab Kucing Malaysia melibatkan pameran, jualan barangan dan pemberian kucing angkat kepada orang ramai yang berminat di Ptaza Masalam @ Plaza Shah Alam, Sek 9, Shah Alam pada 31 Mei dan 1 Jun ini.

SAMBUTAN Hari Telekomunikasi Sedunia 2014 di Muzium Telekomunikasi Negara, Jalan Raja Chulan Kuala Lumpur dari pukul 10 pagi sehingga 10 malam melibatkan persembahan Capoeira. pertandingan fotografi. permainan tradisional, seni 3D dan banyak lagi dari 2 hingga 15 Jun ini.

KARNIVAL Kesihatan akan diadakan dari 30 Mei hingga 1 Jun ini mulai pukul 10 pagi sehingga 9.30 malam di Tropicana City Mall. Pemeriksaan kaki percuma, pemeriksaan mata percuma. pemeriksaan rambut dan kulit kepala percuma di samping ceramah kesihatan. demonstrasi memasak, pameran dan banyak lagi.

PROGRAM Sidewalk Astronomy anjuran Agensi Angkasa Negara akan diadakan di Tepian Tasik. Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur dari pukul 8 malam sehingga 10 malam pada 31 Mei ini..