Harian Metro, 02 August 2014 - Tropicana Sasar Jualan RM2b

Harian Metro, 02 August 2014

Tropicana sasar jualan RM2b

Petaling Jaya: Tropicana Corporation Berhad, mencatatkan jualan baru dan tempahan RM1 bilion bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini dcngan jum-lah jualan RM395 juta pada suku pertama ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Yau Kok Seng berkata, tahun ini pihak-nya menyasarkan jualan baru RM2 bilion dan yakin jumlah itu dapat dicapai terutama disum-bangkan oleh bcberapa projck baru yang dilihat mendapat per mintaan tinggi.

Beliau berkata, pembangunan Tropicana kebanyakannya di lo kasi strategik di seluruh Malaysia seperti Greater KL, Pulau Pinang, Iskandar Malaysia (Jo hor) dan Sabah. "Kami akan terus memberi tumpuan pada pembangunan tanah di seluruh Malaysia dan setakat ini Tropicana mempu-nyai lebih kurang 790.75 hcktar bank tanah dengan potensi nilai pembangunan kasar (GDV) di-anggarkan sebanyak RM70.5 bilion.

"Malah, beberapa projek akan datang dikcnal pasti iaitu di se-kitar Lembah Klang, fohor dan Pulau Pinang dengan GDV ma-sing-masing sebanyak RM24.6 bilion, RM20.5 bilion dan RM10.42 bilion," katanya pada sidang media selepas mesyuarat agung tahunan ke-35 Tropicana di sini, baru baru4ni.

Hadir sama, Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif Baru Tropicana, Tan Sri Rastam Mohd Isa.