Berita Harian, 10 May 2014 - iProperty anjur Ekspo Hartanah Bumiputera ke-2

Berita Harian, 10 May 2014

Laman web hartanah utama Malaysia, iProperty.com, akan menganjurkan Ekspo Hartanah Bumiputera kedua selama empat hari, mulai hari ini hingga Selasa depan.

Ekspo yang akan berlangsung di Paradigm Mall, Petaling Jaya itu akan menampilkan pelbagai jenis hartanah kediaman dan komersial di bawah satu bumbung.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Georg Chmiel, berkata ekspo hartanah itu menjanjikan platform ideal bagi pembeli hartanah dan pelabur Bumiputera mencari kediaman impian atau sebagai pelaburan.

"Ia akan menjadi platform ideal bagi pembeli dan pelabur hartanah untuk mendapat niaga janji terbaik dengan lebih 20 peserta pameran dan pemaju akan mengetcngahkan projek masing-masing," kata dalam satu kenyataan, semalam.

Georg berkata, ekspo yang akan dibuka dari 10 pagi hingga 10 malam itu dian-jurkan buat kali kedua selepas mendapat sambutan menggalakkan tahun lalu.

Antara pemaju hartanah mengambil bahagian termasuk Glomac Bhd, LBS Bina Group Bhd, Mah Sing Group Bhd, OSK Property Holdings Bhd, Tropicana Corporation Bhd dan UEM Sunrise Bhd..